Mengapakah para ibu digalakkan untuk menyusu bayi dengan susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
Tambahan
pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal
untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan
bayi. Dua kajian terbaru
Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang
disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10
mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada
ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan
kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu
menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan
bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling
penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih
mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses
penyusuan ini.
Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu
mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat
dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan,
kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang
kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan
sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh
itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.
Menyusukan
anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu.
Pada masa ini, kesihatan bayi dan ibu dalam negara-negara yang membangun
mendapat perhatian yang penting. Yang dirisaukan ialah banyak ibu di
bandar dan juga sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lagi
susu bagi anak mereka. Di negara-negara barat yang maju, keadaan
menunjukkan ibu-ibu sudah memberi semula susu bagi anak-anak mereka
tetapi di negara-negara membangun seperti Malaysia, ibu-ibu lebih suka
memberi anak-anak susu botol daripada susu mereka sendiri.
Mengapakah
perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yang menghalang penyusuan
adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu
mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan
berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau
tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap
kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka,
ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan.
Faktor seterusnya ialah bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman
ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan
buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan
ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan
menggunakan air suam. Selain itu, sebab-sebab yang lain mungkin
disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada
susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk
badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan
lain-lain lagi. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu
bolehlah ambil sebatang lobak
putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil-kecil dan
kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam dan
diminta minum sebanyak 2 kali sehari.
Sehingga
setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah
berbanding dengan negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di
hospital seluruh negara untuk memupuk ibu-ibu menyusukan bayi-bayi lebih
sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah
satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah
melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah
satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action)
ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan
dan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Ia bertujuan untuk
menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya
penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO
adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu
ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan
latihan untuk pekerja dalam sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya,
WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial,
pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita
dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan
ibu.
Penyusuan
susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada
gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang
menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan
memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka
kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu,
semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan
berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.
0 comments:
Post a Comment